178 Unit RMR1M Siap Dibina Di Mersing

178 Unit RMR1M Siap Dibina Di Mersing

MERSING, 1 Mac — Sebanyak 178 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di sini sudah siap dibina tahun ini manakala 45 unit lagi dalam peringkat pembinaan, kata Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata 13 unit RMR1M lagi dalam proses menandatangani dokumen perjanjian.

Katanya kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM600 juta setakat ini bagi menampung pembinaan 30,000 unit RMR1M di seluruh negara.

“Subsidi seunit ialah RM20,000,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sijil kelayakan subsidi program RMR1M peringkat Parlimen Mersing di sini hari ini.

RMR1M yang dibina oleh SPNB dijual pada harga RM65,000 dan penerima akan dikenakan bayaran RM270 sebulan selama 25 tahun, katanya.

“RMR1M ini kita bina di seluruh Malaysia dengan spesifikasinya sama, rumah bersaiz 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik air,” kata Dr Abdul Latiff yang juga Anggota Parlimen Mersing.

Pada majlis hari ini, 31 pemohon dari daerah ini menerima sijil kelayakan subsidi bagi program tersebut dan rumh mereka dijangkakan siap dalam tempoh tiga bulan lagi.

Leave a Reply