Pelaburan Besar Di Penggerang Bukti Malaysia Terus Diyakini

Pelaburan Besar Di Penggerang Bukti Malaysia Terus Diyakini

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Penggerang, Dato’ Seri Azalina Othman Said hari ini merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan beliau menarik keyakinan Saudi Aramco untuk melabur di dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

“Terima kasih juga kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di atas keyakinan baginda terhadap potensi yang ada di Malaysia.

Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang, bersama rakyat Pengerang rasa bersyukur kerana sudah pasti ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan. Kejayaan ini membuat Parlimen Pengerang akan terus menjadi tumpuan pelabur dalam dan luar negara.

Semua anak jati Johor tidak kira kedudukan, agama dan bangsa harus mengalukan pelaburan besar seumpama ini kerana ia akan meletakkan negeri Johor di mata dunia. Pelaburan besar ini juga sekaligus memacu pembangunan negeri serta kemakmuran rakyat Johor dan Malaysia secara keseluruhanya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya yang juga Menteri Di Jabatan Perdama Menteri berkata majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Saudi Aramco dan Petronas sebentar tadi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang sebelum ini yang mengatakan Saudi Aramco kononnya menarik diri adalah meleset sama sekali.

“Kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa ada usaha dari kerajaan negeri dan Persekutuan terutama dalam menarik pelabur bertaraf global,” ujarnya.

Leave a Reply