Semua Harus Siap Sedia Dalam Satu Barisan Hadapi PRU-14 – Hahasrin

Semua Harus Siap Sedia Dalam Satu Barisan Hadapi PRU-14 – Hahasrin

TENGGARA, 24 Feb – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim berkata, tahun ini adalah amat penting untuk semua cawangan berada di dalam keadaan yang bersiap sedia dan sentiasa bersama dalam satu saf memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir.

Jelasnya, oleh kerana itu mesyuarat cawangan yang bakal bermula pada 17 Mac ini perlu membincangkan status jentera di akar umbi kerana ia bagi mengukur tahap kesediaan untuk memainkan peranan masing-masing bagi berhadapan dengan PRU kelak.

“Kita perlu terjemahkan apa yang sepatutnya dalam mesyuarat cawangan ini. Masing-masing perlu memainkan peranan terutamanya untuk menambah undi.

“Kita boleh semak ahli keluarga kita sendiri dan juga rakan-rakan terdekat. Fahamkan mereka tentang sumbangan dan perjuangan UMNO khususnya di Johor.

“Mereka boleh lihat apa yang telah diperjuangkan oleh kerajaan negeri yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN),” katanya kepada UMNO-Johor.

Tambah Hahasrin, semua ahli tidak boleh lagi bersikap peluk tubuh atau alpa kerana sikap sedemikian akan memberikan impak kepada jumlah undi.

“Selain fokus kepada pilihan raya, apa yang penting juga adalah menjaga kebajikan dan keperluan rakyat.

“Lakukan semakan untuk mengetahui apakah yang masih belum kita lakukan, apatahlagi jentera Pemuda adalah harapan parti untuk berada di lapangan dan memberikan maklumbalas kepada pihak atasan.

 

UMNOJohor/ Raisya Ukasyah

Leave a Reply