Penyertaan Penjawat Awam Dalam Tabung Waqaf Rakyat Johor Adalah Sukarela

JOHOR BAHRU, 17 Feb — Kerajaan negeri hari ini menegaskan bahawa penyertaan penjawat awam dalam Tabung Waqaf Rakyat Johor adalah berbentuk sukarela.

Setiausaha Kerajaan Negeri Azmi Rohani berkata tiada paksaan dikenakan ke atas mana-mana petugas kerajaan di Johor bagi menyertai skim tabungan itu.

“Pekeliling yang diedarkan kepada para pejawat awam jelas membuktikan bahawa penyertaan adalah secara sukarela.

“Ia sebahagian daripada usaha kerajaan Johor untuk memperkasakan institusi waqaf sebagai salah satu instrumen kebajikan dan pembangunan rakyat dan negeri,” katanya dalam kenyataan di sini.

Azmi berkata demikian sebagai mengulas satu pekeliling mengenai kemudahan potongan gaji bulanan bagi mereka yang menyertai Tabung Waqaf Rakyat Johor itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.