Jamilah Pertahan Tanjong Datu Dengan Bergaya

Jamilah Pertahan Tanjong Datu Dengan Bergaya

LUNDU, 18 Feb — Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu, 61, memenuhi apa yang dimahukan pemimpin parti, baik perdana menteri ¬†timbalannya mahupun ketua menteri dan pemimpin-pemimpin lain, iaitu mempertahankan kerusi Tanjong Datu yang dilakukannya dengan bergaya.

Beliau bukan setakat menang tetapi menang dengan majoriti 6,443 undi iaitu 551 undi mengatasi majoriti yang diraih Allahyarham suaminya Tan Sri Adenan Satem pada pilihan raya negeri Mei lalu.

Pengurus pilihan raya Hamsien Atar mengumumkan keputusan pilihan raya kecil itu pada 7.05 malam di Dewan Masyarakat Lundu di sini.

Jamilah yang meraih keseluruhan 6,573 undi bagaimanapun tiada di dewan itu kerana masih dalam tempoh idah dan beliau diwakili anaknya Azizul Annuar Adenan, 26.

Turut berada di dewan itu ialah Pengarah operasi pilihan raya BN Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Dua lagi calon yang bertanding, Johnny Aput daripada Parti Reformasi Negeri dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak, Rapelson Richard Hamit, hanya sekadar menerima 110 dan 130 undi masing-masing, sekali gus hilang deposit.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah 69.2 peratus.

Leave a Reply