MB Johor Tidak Pernah Keluar Kenyataan Seperti Laporan Akhbar Malaysian Nanban

MB Johor Tidak Pernah Keluar Kenyataan Seperti Laporan Akhbar Malaysian Nanban

JOHOR BAHRU, 12 Feb – Merujuk keratan akhbar Malaysian Nanban hari ini (seperti lampiran), Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Setiausaha Akhbarnya, Asri Khalbi menjelaskan, berita sedemikian telah mengundang kegusaran di kalangan rakyat, khususnya di Johor yang terdiri dari pelbagai rencam dan latar masyarakat.

“Ia juga tidak sejajar dengan semangat Muafakat Johor dan Team Johor yang dipelopori Datuk Seri Mohamed Khaled dalam menerajui Johor Berkemajuan pada dekad-dekad mendatang.

Penyiaran berita tidak benar seperti itu adalah amat dikesali,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply