Banjir: Mangsa Banjir Di Segamat Kekal 35 Orang Pagi Ini

Banjir: Mangsa Banjir Di Segamat Kekal 35 Orang Pagi Ini

JOHOR BAHRU, 6 Feb — Jumlah mangsa banjir di Segamat pagi ini tidak berubah seperti malam tadi dengan 35 orang masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata hanya Balairaya Kampung Batu Badak sahaja yang masih dibuka yang menempatkan tujuh buah keluarga.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hanya satu jalan yang masih terputus hubungan iaitu Jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian akibat jambatan runtuh.

Leave a Reply