Keputusan Menyahsenaraikan FGV Belum Dibuat – Shahrir

KUALA LUMPUR, 16 Jan  — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) belum membuat sebarang keputusan bagi menyahsenaraikan Felda Global Venture Holding Bhd (FGV) daripada Bursa Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya akan melihat dari semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan.

“Keutamaan kami ialah untuk melihat FGV tingkatkan prestasi,” katanya kepada pemberita semasa majlis menyampaikan sumbangan sebanyak RM24,000 bagi Tabung Pahlawan, di sini, hari ini.

Shahril berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyatakan cadangan menyahsenaraikan FGV daripada Bursa Malaysia akan menyebabkan kerugian sebanyak RM7.8 bilion kepada syarikat itu.

Beliau berkata dakwaan Rafizi itu hanya spekulasi beliau semata-mata.