Latif Bandi Rasmi Majlis Pecah Tanah Dewan Muafakat Johor Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 8 Jan – YB Datuk Hj. Abd Latif Hj. Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Muafakat Johor pada pagi ini.

Dewan ini akan dibina di kawasan taman pasak indah dan ianya dijangka siap pada pertengahan jun tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM 2.7 juta.

Dewan yang akan tersegam indah ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat kota tinggi di samping inilah salah satu usaha kerajaan negeri Johor pimpinan Dato’ Sri Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dalam menyediakan prasarana kemudahan kepada rakyat.

Saya juga berharap agar masyarakat setempat dapat menjaga dan memelihara dewan ini apabila siap dan bukan hanya mengharapkan pihak bertanggungjawab sahaja,” ujarnya.

Turut hadir sama YB Asiah Arif , Adun Johor Jaya merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, YB Hj. Rasman Ithnain, Adun Sedili merangkap Timbalan Ketua UMNO bahagian Kota Tinggi, Pegawai Daerah , YDP MDKT , ketua-ketua jabatan dan masyarakat setempat.