Pemuda UMNO Mersing Anjur Program Gunting Rambut Percuma

MERSING, 31Dis – Pemuda UMNO Bahagian Mersing hari ini menganjurkan program gunting rambut percuma terbuka kepada semua golongan pelajar sekolah rendah dan menengah bersempena pembukaan sesi persekolahan menjelang beberapa hari lagi di Pusat Khidmat Adun Endau dan Dewan MDM Cawangan Endau , ianya dijalankan secara serentak bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Ketua Pemuda UMNO Mersing, Hishamudin Hussinberkata, program ini merupakan salah satu program penutup hujung tahun bagi Pemuda saban tahun kerana program ini mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa.

“Kita yakin dan percaya bahawa program-program seperti ini dapat merapatkan hubungan kita bersama masyarakat di samping dapat meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam persediaan menempuh sesi persekolahan yang akan bermula sehari dua ini. Kita mensasarkan seramai 200 orang akan hadir kedua-dua tempat ini bagi menikmati manafaatkan ini ”

Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Pusat khidmat Adun endau dan Pemuda berharap agar program ini dapat dilaksanakan pada masa mendatang,” ujarnya kepada UMNO-Johor.