Biro Kebajikan UMNO Johor Giat Usaha Bawa Pulang Syzlin Hataman

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Johor Mohd Azahar Ibrahim berkata pihaknya masih dalam fasa pertama berhubung usaha UMNO negeri itu untuk membawa pulang wanita berusia 42 tahun yang sudah tujuh tahun terkandas di Lima, Peru kerana kesalahan keldai dadah.

unknown-13Menurut beliau segala maklumat yang perlu sedang dikumpulkan dan langkah seterusnya adalah berhubung dengan pihak Wisma Putra dalam usaha mendapatkan pandangan segala prosedur yang diperlukan bagi menjayakan misi berkenaan.

“Pengerusi Perhubungan, Dato’ Mohamed Khaled dan Datuk Jais Sarday selaku Setiausaha UMNO negeri melihat secara dekat perkara ini dan kita akan berusaha yang terbaik bagi menjayakan misi ini untuk keluarga terbabit,” katanya kepada UMNO-Johor.

Azahar yang juga Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Tenang seterusnya menegaskan semua pihak diharapkan bersabar sementara menunggu perkembangan selanjutnya.

“Segala perkembangan terkini dan sebagainya akan kita maklumkan kerana kita ingin mencari penyelesaian terbaik untuk kepentingan bersama dan kita amat prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa,” katanya.

Sebelum BH melaporkan seorang wanita rakyat Malaysia yang sudah tujuh tahun terkandas di Lima (Peru) merayu simpati mana-mana pihak membawanya pulang ke tanah air.

Syzlin Hataman, 42, pernah meringkuk empat tahun dalam penjara atas kesalahan terbabit dalam sindiket keldai dadah antarabangsa. Selepas itu, dia mendapatkan perlindungan di sebuah gereja di syang menjadi tempat tinggalnya.

Dalam temu bual eksklusif bersama BH, Syzlin yang tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata, memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk membantu bagi membolehkannya kembali ke tanah air.