UMNO Sekijang Lihat Bajet Johor Distruktur Seimbang – Baharom

SEKIJANG, 01 Dis – Ketua UMNO bahagian Sekijang, Datuk Baharom Mohamed yakin dan percaya rakyat negeri itu akan mendapat manfaat dan akan dapat melihat dengan jelas hasil pembentangan Bajet negeri baru-baru ini yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

baharum-konvensyen-umno-johorMenurut beliau misi yang jelas terpampang hasil pembentangan tersebut bakal menjadikan negeri itu sebagai sebuah negeri yang maju dan mampu bersaing dengan negeri-negeri maju yang lain demi kepemtingan dan manfaat bersama seluruh rakyat di pelbagai peringkat.

“Belum terlambat untuk membuat sedikit kupasan dalam soal ini kerana penstrukturan yang dirancang di dalam Bajet tersebut menampakkan misi dan visi yang jelas kerajaan negeri dalam memajukan negeri ini.

“Atas dasar itu pelbagai peruntukan pembangunan dan pelbagai peruntukan untuk membangunkan lagi negeri ini sudah tentu limpahannya akan dinikmati oleh rakyat Johor.

“Inilah yang kita ingin lihat dan inilah yang kita ingin tengok kerana rakyat sudah pastil memerlukan tumpuan sewajarnya. Alhamdulillah inilah tanda keprihatinan kerajaan negeri untuk semua peringkat,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut melahirkan keyakinan berhubung misi kerajaan negeri di dalam apa yang dibentangkan itu dalam menghasilkan pembangunan yang seimbang.

“APa yang saya nampak Bajet ini bukan sahaja telah distruktur dengan baik serta mempunyai misi yang cukup jelas malah cukup seimbang daripada pelbagai sudut. Sama-sama kita jayakannya, Insya Allah,” katanya.