MBFM Desak Ambil Tindakan Segera Penyebabkan Kerugian FELDA

SEKIJANG, 28 Nov – Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abd Manap mendesak agar pihak pengurusan tertinggi FELDA agar mengambil tindakan segera termasuklah mengambil tindakan tatatertib terhadap kesemua pegawai dan individu terlibat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara siri 2 2015 yang menunjukkan bahawa FELDA rugi jutaan ringgit.

anuar-manapJelasnya, kerugiaan ini menyebabkan masyarakat terutamanya warga FELDA hilang kepercayaan kepada institusi GELDA itu sendiri yang semala ini diletakkan kepercayaan tinggi bagi membela nasib dan kebajikan warga FELDA.

“(MBFM) memandang serius terhadap laporan KEtua Audit Negara berkaitan dengan pengurusan projek FELDA dan subsidiarinya yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

“Sebagai pertubuhan rasmi yang mewakili warga belia Felda di seluruh negara, MBFM merasakan laporan yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan terdapatnya kepincangan serta kelemahan serius dalam pentadbiran dan pengurusan FELDA terutamanya melibatkan pelaksanaan projek melibatkan kepentingan warga Felda.

“MBFM juga maklum akan tindakan yang telah diambil sebelum ini ke atas individu-individu terbabit termasuklah terhadap beberapa Pengarah dan pegawai di peringkat pengurusan tertinggi pada tahun lepas. Namun begitu, tindakan tersebut dilihat masih belum menyeluruh dan jika masih terdapat individu lain yang masih belum dikenakan apa-apa tindakan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Oleh yang demikian ujarnya, Felda seharusnya mengambil tindakan tegas kepada mereka dan kerana itulah MBFM mendesak agar pihak pengurusan tertinggi FELDA mengambil tindakan segera ke atas kesemua syor yang dicadangkan melalui Laporan Ketua Audit Negara.

Tambah Anuar, pihak pengurusan FELDA juga haruslah memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa terdekat.

Projek-projek yang dilaporkan mengalami kerugian adalah:

i) LiDAR (Light Detection And Ranging)
ii) ii) Projek Inisiatif Jalur Lebar
iii) iii) Projek Ternakan Ikan Sturgeon dilaksanakan oleh FELDA Caviartive Sdn. Bhd. iv) Restoran Savaro dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
iv) v) Pastri Schneeballen dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.