Zaiton Sifatkan Belanjawan Johor Menyeluruh Dan Terbaik

JOHOR BAHRU, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, YB Zaiton Ismail melihat belanjawan negeri Johor yang mencatatkan lebihan buat kali ketujuh berturut-turut sejak tahun 2011 adalah belanjawan yang terbaik.

14907655_1769789956575027_999343991445762487_nMenurut beliau belanjawan berkenaan yang bertemakan Berkemajuan Rakyat Sejahtera itu mencakupi semua aspek dan bersesuain dengan semua golongan dan pelbagai peringkat.

“Pembentangan bajet yang terbaik yang mencakupi semua aspek dan golongan…sesuai dengan temanya Berkemajuan Rakyat Sejahtera.

“Untuk merealisasikan kejayaan ke arah mencapai Johor berkemajuan dan rakyat sejahtera sudah pastinya semua golongan baik masyarakat sama ada remaja dan dewasa tanpa mengira bangsa dan agama harus mendokong cita-cita kerajaan negeri johor.

“Kalau tidak kita siapa lagi kerana inilah rumah kita dan inilah negeri kita. Kita harus berterima kasih khasnya kpd YAB MB kita yang sentiasa bekerja keras dan sentiasa memikirkan kemakmuran dan kesejahteraan bangsa Johor,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan belanjawan lebihan buat kali ketujuh berturut-turut sejak tahun 2011.

Anggaran lebihan sebanyak RM1.303 juta itu diumumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam pembentangan Bajet Johor 2017 pada Sidang Dewan Negeri Johor di sini, baru-baru ini.

“Kutipan hasil negeri pada tahun 2017 dijangka mencapai RM1,609 juta, peningkatan sebanyak 12.86 peratus daripada anggaran hasil dalam Bajet Johor 2016.

Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan belanjawan pembangunan yang tertinggi dalam sejarah negeri itu, iaitu sebanyak RM763.3 juta.

Ia meliputi 47 peratus daripada peruntukan keseluruhan bajet kali ini.

Zaiton seterusnya menegaskan inilah masanya untuk semua pihak berganding bahu dan sama-sama memandang ke depan bagi menjayakan perancangan dan pelaksanaannya kelak.

“Tidak ada maknanya segala pengumuman dan segala yang dirancangkan itu seandainya kita semua tidak bersatu padu dalam menjayakannya. Apa pun kita penuh yakin dengan semangat permuafakatan yang menjadi teras kepada negeri ini insya Allah, akand apat dilaksanakan dnegan jayanya untuk kemakmuran negeri dan manfaat rakyat,” katanya.