Bajet 2017: RM2 Juta Untuk Buka 20 ImCoop – Jais

ISKANDAR PUTERI 20 Nov. – Bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta dalam Bajet Johor 2017 bagi pembukaan 20 lagi Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) pada tahun depan.

4385acd3-d07a-4f95-be46-82e33cdc2ed8Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangu­nan Usahawan dan Koperasi neger­i, Datuk Md. Jais Sarday berkata, peruntukan itu akan di­pecahkan dalam bentuk geran padanan tambahan bernilai RM100,000 yang akan diagihkan kepada 20 buah koperasi.

“Setiap koperasi akan meneri­ma bantuan kewangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebanyak RM100,000 untuk membuka outlet imCoop di seluruh negeri ini.

“Buat ketika ini sudah terdapat sembilan outlet imCoop dan kita berharap dengan pembukaan lebih banyak imCoop dapat meringankan beban rakyat dalam berdepan kos sara hidup yang semakin mening­kat,” katanya sele­pas pembentangan Bajet Johor 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Md. Jais ber­kata, bajet kali ini turut memberi peneka­nan da­lam bidang ke­mahiran apabila se­banyak RM5 juta diperuntukkan bagi memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Katanya, peruntukan itu akan disalurkan dalam bentuk geran bernilai RM2,000 kepada 2,500 pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di institut dalam negeri ini.

“Kita bukan hanya melatih pelajar yang ingin mengikuti la­tihan kemahiran, tetapi juga mereka yang sudah mempunyai diploma, ijazah sarjana dan ijazah yang ingin mendapatkan kemahiran.

“Peluang ini juga memberi ruang kepada pekerja berpe­ngalaman yang tidak mempu­nyai kelulusan atau sijil mendapatkan pengiktirafan menerusi skim diperkenalkan di bawah Skill Johor,” katanya. -UTUSAN

c25ff4aa-275f-4acc-bd1f-247e7c79073b