Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0 Bawa Suara Akar Umbi Ke Perhimpunan Agung UMNO- Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0 hari ini merupakan kemuncak dalam usaha kita memastikan perancangan ke arah Perhimpunan Agung UMNO tahun ini mantap.

dsc_4153_info-300x186Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tujuan kita adalah untuk membawa suara akar umbi mewakili setiap lapisan masyarakat dapat didengari dan kita dapat mengubal dan dikupas supaya usul yang dibahaskan di perhimpunan agung UMNO nanti akan dapat menyuarakan citarasa dan pandangan-pandangan dari akar umbi.

“Saya lega apabila konvensyen yang kita buat pertama kali tahun lepas dapat sambutan yang agak luar biasa dan ini menunjukkan sedikit sebanyak kandungan dan pengisian perjuangan UMNO ini dalam apa juga keadaan di luar sana, kita masih konsisten.

Ini kita kena tambah nilai setiap tahun dan penglibatan penglibatan pemimpin-pemimpin tertinggi parti akan meletakkan apa yang kita buat hari ini diletakkan di landasan yang terbaik.

Saya melihat ke hadapan bahawa selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti, kita nak teruskan bengkel-bengkel kita supaya apa yang kita bincangkan ini akan dapat direalisasikan,” ujarnya yang juga Pengerusi Konvensyen ini.

Dalam masa yang sama, beliau mahu segala perancangan tahun lepas yang telah dilaksanakan harus diwar-warkan kepada masyarakat kerana politik hari ini penuh dengan kebencian dan perpecahan, tidak membincangkan agenda yang lebih bermakna kepada masyarakat di luar sana.

“Demostrasi jalanan dan sebagainya, saya harap dengan usaha yang kita buat ini dapat mengembalikan dan meletakkan semula mereka ke landasan yang betul. Ini satu usaha yang saya lihat merupakan sesuatu yang membanggakan.

Selepas ini akan akan berjumpa dengan jurucakap-jurucakap kita untuk memastikan usul yang kita nak bincangkan di Perhimpunan Agung nanti akan dapat memenuhi suara dari akar umbi ini,” tambahnya lagi. -UMNOOnline