Tiada Parti Yang Boleh Menang Tanpa Kerja Keras Jentera Parti Yang Kukuh – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov –  “Cakap tidak serupa bikin…” bidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkaitan kenyataan bekas Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamad bahawa kemenangannya sebanyak lima kali dalam pilihan raya umum ketika bersama-sama Barisan Nasional (BN) dahulu bukanlah kerana kerja keras parti sebaliknya adalah atas faktor perpecahan dalaman parti pembangkang.

15032770_1620361681322907_4877934845630208693_nRealitinya jelas Hishamuddin, tidak ada parti yang boleh menang tanpa kerja keras dan jentera parti yang kukuh.

“Apa yang Tun Mahathir katakan ini lari daripada hakikat dan apa yang beliau sendiri nyatakan kepada kita dulu semasa kita ini jentera dia.

“Kalau dulu masa memimpin, Tun telah mengarahkan jentera bagi memastikan kemenangan.. jika jentera tidak kuat dan lemah maka tak lama la parti itu bertahan,” ujarnya selepas merasmikan majlis penutupan ASEAN Pink Dialogue 2016 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, di sini, hari ini.

Tun Mahathir dalam ucapannya di konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini berkata, kemenangan BN pada setiap kali pilihan raya umum bukan berpunca daripada kerja keras parti tersebut sebaliknya adalah kerana faktor perpecahan dalaman gabungan parti pembangkang.

Tambah Hishammuddin lagi pihaknya tidak hairan atau terkejut jika Tun Mahathir akan mengatakan apa sahaja untuk menidakkan UMNO dan BN kerana pada ketika ini beliau begitu gigih bersama pihak yang melawannya berpuluh tahuh dahulu.

Mengulas mengenai Program ASEAN Pink Dialogue 2016 pula beliau melahirkan rasa amat bangga dan mendokong penuh usaha Pergerakan Puteri ini kerana ia boleh membantu memastikan anak muda tidak terpengaruh dengan idealogi pengganas seperti IS dan Daesh.

“Kita tidak terkecuali daripada ancaman yang dunia terpaksa hadapi,. ancaman berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan. Oleh itu kita memerlukan sokongan, kerjasama dan dokongan daripada semua pihak.

“Sebab itu apa yang dilakukan oleh Puteri UMNO hari ini merupakan sesuatu yang dialu-alukan bukan sebagai Naib Presiden UMNO tetapi juga sebagai Menteri Pertahan,” katanya.

Program dialog anjuran Pergerakan Puteri UMNO itu bertujuan membincangkan isu-isu cabaran yang dihadapi wanita muda dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah, selain mendapatkan pandangan pemimpin wanita muda dan memahami cabaran yang dihadapi dalam memajukan ASEAN. – UMNOOnline

 

unknown-15