PRU14 Masa Semakin Singkat, UMNO Perlu Terus Jadi Pilihan Rakyat – Jais

JOHOR BAHRU, 15 Nov- Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dijangka akan menjadi perhimpunan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ujar Datuk Md Jais Sarday, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Johor

jais-sarday-2Sehubungan dengan itu ujarnya, dalam masa yang singkat ini UMNO perlu menjadi pilihan rakyat, untuk meneruskan kepimpinan BN dalam kerajaan.

“UMNO perlu mengenal pasti, kena peka dengan senario yang berlaku. Kalau tengok kepada trend yang berlaku, golongan menengah rendah dan ke bawah ini merupakan golongan yang memainkan peranan dalam menentukan keputusan pilihanraya.

Seperti pilihan raya di AS, Donald Trump persepsi dan ramalan semua orang dia akan kalah. Tapi rupanya ada gerakan golongan menengah rendah ini sebab dengan tema yang dia bawa itu menyebabkan orang keluar mengundinya.

Dia dilihat seolah-olah orang yang memperjuangkan hak golongan menengah rendah ke bawah. Begitu juga pemilihan presiden di Filipina,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang.

Tambahbahnya, oleh itu UMNO kena secara focus kena jelas apa trend yang sedang berlaku dan UMNO kena menguasai dan melepaskan diri dalam trend yang belaku sekarang ini.

“Harapan saya, masa yang sangat singkat ini, kita tidak ada masa lagi untuk berbicang dan sebagainya dan kita ken cepat melaksanakan apa yang perlu kita buat,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Johor merupakan negeri yang tertinggi mendaftarkan ahli UMNO baru, namun dalam masa yang sama UMNO Johor telah mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli UMNO yang menyertai atau menyokong parti pembangkang.

“Kita telah menghantar nama-nama ahli yang terlibat ke Ibu Pejabat UMNO kerana kita di peringkat negeri kita tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan keahlian dan sebagainya.

Kita hanya hantar laporan, kita akan terima apa sahaja keputusan di peringkat pusat,” tambahnya.