Surat Terbuka Syed Saddiq Tidak Jujur Dan Memalukan – Fadil Misnan

KULAI, 11 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai Mohd Fadil Misnan menyifatkan surat terbuka Ketua Pemuda Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj , Sultan Dan Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor adalah satu warkah yang tidak memberikan gambaran sebenar malah sangat tidak jujur.

unknown-29Jelasnya, Saddiq seolah-olah mahu menipu dan menyembunyikan fakta sebenar. “Rayuan dia untuk hak berdemonstrasi kononnya demi perjalanan demokrasi yang hidup di negara ini sebenarnya menghina dan merendah-rendahkan DYMM Sultan Johor.

“Dia sepatutnya sedar dan jangan menyembunyikan kesan sebenar yang berlaku semasa demonstrasi Bersih diadakan dulu. Jika kita membuat pencarian di internet juga kita akan dapat melihat keganasan, kerosakan harta awam, kecederaan anggota keselamatan dan provokasi sepanjang demonstrasi diadakan.

“Malah ramai rakyat Negara ini amat marah dengan Bersih terutamanya para peniaga di akwasan yang terlibat. Jadi di manakah keamanan yang dia maksudkan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Dek kerana itulah Sultan Johor tidak mahu demonstrasi diadakan di negeri Johor kerana ia boleh menjejaskan menjejaskan keharmonian rakyat.

“Adakah Saddiq meletakkan pengetahuan dan keprihatinan Sultan amat rendah sehingga meraskaan Sultan tidak maklum akan perkara 10 (1) b Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai rakyat negeri ini, saya amat bangga akan kematangan Sultan Johor apabila Baginda sangat arif dan memahami Perkara 10 yang dibaca bersama perkara 10 (2) & (4) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya Titah Baginda Sultan amat matang dang bijaksana. Kepada Saddiq yang baru setahun jagung, janganlah membaca Perlembagaan ikut sedap dan main kerat-kerat. saya percaya dia seorang yang bijak jadi gunakanlah kebijasaaan itu,” katanya lagi.

Fadil turut membidas Saddiq yang memperalatkan Bangsa Johor kononnya mewakili pandangannya yang dangkal.

“Dia kena ingat, pendapatnya adalah sekadar pandangan peribadi dan langsung tidak mewakili suara hati anak Johor. Maka, jadilah anak Johor yang tidak menconteng arang ke muka Baginda Sultan,” tempelaknya lagi.