UMNO Johor Di Landasan Medan Perang Moden – Khaled

JOHOR BAHRU, 11 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini menyambut baik penganjuran dan komitmen perwakilan Konvensyen UMNO Johor dari setiap bahagian di Johor dalam usaha memajukan bangsa Melayu serta memperkasa parti UMNO untuk terus kekal relavan di hati orang Melayu.

screen-shot-2016-11-11-at-2-19-27-pm“Kita telah berbincang mengenai perkara-perkara yang menjadi cabaran orang Melayu yang mana persekitaran dunia yang global, persaingan yang sengit, kita perlu bawa orang Melayu kepada satu keadaan yang boleh menjamin kelangsungannya.

Antaranya dari segi perubahan-perubahan yang perlu lakukan yang mana UMNO akan terus mainkan peranan, sebagaimana yang saya katakana semalam iaitu segi perubahan sikap dan pemikiran mereka. Ini perkara-perkara telah ditekankan sepanjang dua hari konvensyen UMNO Johor bagi menjadikan orang Melayu boleh menjadi bangsa yang maju.

Kita telah tekankan bagaimana pendekatan yang perlu dibuat dari segi soal pendidikan dan segi amalan agama yang sepatutnya mendorong usaha-usaha itu berjaya,” ujarnya kepada media selepas menutup Konvensyen UMNO Johor, di sini pagi tadi.

Tambahnya, Konvensyen telah bersetuju dengan pendekatan yang diambil dan saranan-saranan yang dibuat khususnya dari segi pendidikan yang disediakan mestilah pendidikan yang berkualiti dan bagaimana perjuangan UMNO dalam islam, bukan sahaja dalam soal-soal dalam mahkamah syariah atau menaikkan gaji guru agama tetapi lebih kepada soal bagaimana Islam patut dijadikan asas mendorong perubahan dan kebaikan untuk orang Melayu.

“Perkara-perkara seperti persiapan pilihanraya, trend pengundian yang berlaku di Negara lain kita bincang bersama untuk dijadikan sandaran kita membuat persiapan menghadapi PRU14.

Kita telah pun mewujudkan jawatankuasa Manifesto, unit media dan sebagainya, cara kerja dan usaha-usaha yang patut dilakukan sedang diteliti oleh mereka.

Kita sedar cabaran pilihanraya yang akan datang antara lain cabaran yang perlu ditangani banyak dari segi penggunaan data. Kita sedang mengumpul data, kita akan guna data, kita akan tumpukan supaya kita buat kerja secara cermat dan bijak berasaskan kepada data yang ada. UMNO Johor sudah bersedia untuk memasuki medan perang yang moden. ,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau berharap pada Perhimpunan Agung UMNO dapat meletakkan landasan supaya UMNO terus relevan untuk masa 70 atau 100 tahun yang akan datang.

“Pada masa yang sama, relevan yang betul-betul boleh mendapat sokongan dan yakinan rakyat khususnya orang melayu. Keduanya, melihat isu-isu yang dekat di hati rakyat ini dapat diatasi, isu-isu yang rakyat hadapi sebagai cabaran kehidupan seharian.

Perwakilan UMNO mesti menyuarakan perkara yang boleh mengatasi masalah rakyat,” tambahnya.