Pelbagai Input Hasil Konvensyen Perlu Diterjemah Di Semua Peringkat – Baharum

JOHOR BAHARU, 07 Nov – Ketua UMNO Sekijang, Datuk Baharum Mohamed percaya Konvensyen UMNO Johor yang bakal diadakan pada 10 dan 11 November depan bakal memberi manfaat yang cukup besar kepada UMNO negeri berkenaan.

baharum-konvensyen-umno-johorMenurut beliau konvensyen itu bukan sahaja dapat memberikan pelbagai input dalam usaha untuk menguatkan parti malah apa yang lebih penting dalah untuk sama-sama muafakat dalam kepimpinan seluruh negeri demi kepentingan bersama.

“Inilah uniknya UMNO Johor yang sentiasa menekankan soal permuafakatan yang merupakan kunci kepada soal kekuatan parti. Inilah harapan kita dan inilah harapan semua yang rata-rata mahukan UMNO terus kuat dan utuh dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

“Kita percaya dan penuh yakin kepimpinan negeri dibawah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin mahukan yang terbaik untuk semua dan inilah salah satu jalan yang amat proaktif,“ katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi selain daripada mesyuarat dan juga persidangan di peringkat negeri mahu pun bahagian dan cawangan, Konvensyen yang aakn diadakan itu nanti ahsilnya diharap benar-benar dapat melonjakkan lagi kekuatan dan kesepaduan yang sedia ada.

Tambah beliau lagi solidariti yang ada hari ini perlu ditambah baik dan perlu disegarkan supaya matlamat untuk mencapai kemenangan kelak insya Allah akan membuahkan hasil pada pilihan raya umum akan datang.

“Inilah masa terbaik untuk semua menyatakan apa yang perlu untuk parti dan apa yang perlu untuk UMNO Johor kerana apa yang pasti cabaran di depan kita hari ini adalah bukannya calang-calang.

“Hanya dengan kesepaduan dan permuafakatan kita akan mampu menangani dan mengjadapinya secara bersama dan kita tunggulah konvensyen UMNO Johor pada 10 dan 11 November ini yang rasanya pelbagai amanat dan input akan sama-sama dilontarkan untuk kepentingan parti,“ katanya.