Konvensyen UMNO Negeri Mampu Kukuhkan Lagi Parti

LABIS, 07 Okt – Ketua UMNO Labis, Mohd Azahar Ibrahim percaya dan penuh yakin pelbagai input akan dapat dijana pada konvensyen UMNO negeri Johor dan kesmepatan itu perlu digunakan sebaik mungkin dalam usaha mengukuhkan lagi parti.

77a1b78d-a742-4329-a7f2-d87df03b4f3cMenurut beliau konvensyen tersebut yang akan berlangsung pada 10 dan 11 November depan tentunya mengumpulkan pelbagai amanat dan pesanan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk sama-sama diperhalsui oleh seluruh jentera parti.

“Dalam konteks UMNO Labis, kita akan melihat dan menelitinya secara mendalam kerana daripada situlah kita akan dapat sama-sama mengukuhkan jentera parti di peringkat bahagian untuk sama-sama mara ke depan bagi mendepani pilihan raya umum akan datang.

“Biarpun kita telah pun melalui mesyuarat pelbagai peringkat parti di peringkat bahagain kiat penuh yakin dan percaya konvensyen berkenaan akan memberi nilai tambah yang amat bermakna kepada kita.

“Dan dengan kehadiran pucuk pimpinan parti sudah tentu pelbagai saranan dan pelbagai input lain akan dilontarkan dan kita di peringkat kepimpinan seterusnyalah yang akan melaksanakannya.

“Insya Allah dengan komitmen dan permuafakatan yang cukup rapat dan sinonim dengan UMNO negeri ini termasuklah di bahagian Labis, kita akan mengambilnya sebaik mungkin untuk kita sama-sama aplikasikannya kelak,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang seterusnya menambah konvensyen sebenarnya memberi banyak manfaat kepada jentera serta seluruh kepimpinan parti.

“Inilah yang kita alu-alukan dan inilah yang kita ingin lihat dan untuk kita sama-sama bersolidariti di dalam UMNO negeri agar keutuhan dan kekuatan parti dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.