Suhaimi Percaya BajetJohor2017 Menyeluruh

TANJONG PIAI, 02 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Yb Suhaimi Salleh percaya Bajet Johor 2017 akan menepati sasaran semua peringkat khususnya pembangunan yang menyeluruh untuk luar bandar.

unknown-19Menurut beliau sudah pasti tumpuan akan diberikan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar dan tentunya akan dinikmati oleh masyarakat setempat.

“Kita percaya soal ini akan dititikberatkan oleh kerajaan negeri sepertimana pembentangan bajet-bajet sebelum ini yang mensasarkan kumpulan dan sasaran yang sewajarnya kerana kerajaan ingin melibatkan pembelaan secara menyeluruh.

“Kawasan luar bandar rasanya masih memerlukan tumpuan dan insya Allah kita akan tengok nanti dan itulah yang kita sama-sama harapkan dalam pembentangan abjet 2017 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Tanjong Piai turut menaruh keyakinan pelbagai ruang lingkup dan cabang sektor ekonomi akan mendapat perhatian dalam abjet itu nanti.

Katanya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan melihat secara menyeluruh sudah tentu soal-soal berkenaan akan diambil kira demi kepentingan bersama untuk rakyat dan juga pembangunan negeri.

“Sebelum ini pun kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program dan melaksanakan pelbagai dasar untuk rakyat negeri Johor. Jadi pada bajet kali ini kita merasakan pelbagai insentif dan pelbagai perkara lain akan diumumkan oleh Datuk Seri Khaled untuk rakyat Johor. Insya Allah sama-sama kita nantikan,” katanya.