Isu Minyak Masak: Media Sosial Jadi Instrumen Permainkan Minda Rakyat – Shahrir

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Media sosial dijadikan instrument memperdayakan pemikiran rakyat kononnya mereka menjadi miskin berikutan kenaikan harga minyak masak, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad.

SHAHRIR ABDUL SAMAD / BNBCCVeteren UMNO itu berkata terdapat usaha daripada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menghasut rakyat seolah-olah mereka menjadi ‘fakir’ akibat kenaikan bahan itu dan secara tidak langsung ia cubaan untuk memburukkan pemerintah.

“Usaha untuk memfakirkan pemikiran kita merasakan seolah-olah kita ini fakir berjalan melalui media sosial. Dan ini saya harap kita lebih berwaspada bahawa ini adalah satu hasutan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai isu kenaikan harga minyak masak.

Beliau menjelaskan kerajaan masih subsidikan minyak masak dalam pek satu kg dengan harga dikekalkan pada RM2.50.

Malah realitinya kini, dari segi kemampuan kewangan dan taraf hidup rakyat kini adalah lebih baik dari 10 tahun dulu, katanya.

Shahrir membandingkan harga minyak masak di Indonesia dengan Malaysia kerana republik itu merupakan negara pengeluar sawit terbesar dunia diikuti Malaysia.

“Harga minyak masak di Indonesia bagi satu liter ialah antara RM3.44 dan RM4.33 iaitu harga yang tidak disubsidikan berbanding dengan kita yang paket

satu kg masih lagi RM2.50…harga di Indonesia tidak bersubsidi, mereka pengeluar sawit yang terbesar,” katanya.