Jadikan Konvensyen UMNO Johor Platform Terbaik Suarakan Hati Sebenar Akar Umbi – Normala

PASIR GUDANG, 1 Nov – Ketua Wanita UMNO Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad melahirkan harapan agar Konvensyen UMNO Johor yang bakal berlangsung nanti akan dapat melahirkan satu permuafakatan yang jitu antara semua ahli UMNO bagi memperkukuhkan barisan akar umbi.

24fc349c-c1c0-4797-b10c-01d313a09711Jelasnya, permuafakatan ini amat penting memandangkan Negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (RPU-14) akan datang.

“Konvensyen ini adalah satu landasan terbaik untuk kita menyuara dan membawa suara akar umbi. Kita mahu orang UMNO sendiri berasa yakin dengna parti dan suara mereka akan kita himpunkan dan kita bawa ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO nanti.

“Suara-suara ini akan kita jadikan resolusi yang benar-benar menggambarkan keinginan akar umbi bagi melihat UMNO itu terut utuh,” katanya kepada UMNO-Johor.

Justeru itu beliau amat berharap agar konvensyen ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat dan perjuangan anggota khususnya jentera UMNO untuk membuktikan parti keramat ini masih utuh dan relevan.