Walau Ditohmah, Dicerca …. Namun UMNO Teruskan Agenda Galas Tanggungjawab Penuhi Keperluan Rakyat – Zarina

TANJONG PIAI, 28 Okt – Ketua Penerangan Wanita UMNO Johor, Zarina Mohamed Bain menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu diberikan perhatian serius dan jangan dibiarkan merebak secara berleluasa di bumi Johor ini.

unknown-6Ini memandangkan UMNO dan Barisan Nasional telah memainkan peranan yang terbaik mentadbir negara ini dengan baik dan bersistem.

“Apa pun tohmahan dan cemuhan kepada UMNO dan pemimpin UMNO, UMNO tetap meneruskan agenda menggalas tanggungjawab memenuhi keperluan rakyat sehabis baik.

“PPBM tidak sepatutnya wujud, lebih-lebih lagi ianya dipimpin dan ditubuhkan oleh orang yang pernah menduduki kedudukan tertinggi dalam kepimpinan UMNO mahu pun negara.”

“Lupakah beliau sepanjang menjadi pemimpin bersama UMNO? Segala kemudahan hasil perjuangan bersama UMNO dan BN untuk merealisasikan kehidupan keluarga dan masyarakat setempat di bawah pimpinan mereka” tegasnya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Piai.

Beliau juga mengingatkan kepada semua pemimpin pembangkang terutamanya dari PPBM, setiap kali mereka mencari kesalahan pemimpin UMNO akan lebih banyak keaiban mereka sendiri disingkap seperti perumpamaan “satu jari menuding kepada orang lain, maka empat jari lagi akan menuding kepada diri sendiri”.

“Bagaimana mereka hendak memimpin dan menjadi tauladan kepada anak muda sedangkan mereka yang dewasa sentiasa memburuk-burukkan dan menfitnah orang lain?,” ujarnya lagi.