Keluar Dewan Adalah Rentetan Pembangkang Mahu Serang Dan Hilangkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Semua Institusi

JOHOR BAHRU, 28 Okt – Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Sharil @ Shahrir Ab Samad berkata, tindakan pembangkang keluar dewan adalah rentetan sikap mereka mahu mewujudkan persepsi buruk di hati rakyat kononnya pemerintahan Barisan Nasional (BN) harus diganti.

unknown-8Jelasnya, bagi pembangkang untuk menang mereka harus membawa satu persepsi di kalangan rakyat bahawa kepercayaan dan penghormatan rakyat terhadap institusi-insitusi yang ada harus dihakis.

“Kita lihat bagaimana mereka cuba menghakis sistem pilihanraya dengan menganjurkan Bersih. Dalam kempen yang dibuat antaranya mereka cuba menimbulkan tuduhan kononnya ada pengundi Bangladesh… semuanya berbentuk dakwaan. Harapan mereka dakwaan-dakwaan ini dapat menghakis kepercayaan rakyat dalam Negara ini.

“Sampai boleh warga asing mengundi… ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali tetapi dilempar dan di gembar-gemburkan. Dalam PRU ke-13 pula, ada ‘histeria’ di kalangan penyokong mereka menghalang orang yang disangka pengundi asing seperti orang yang bermuka india tetapi bernama cina dan sebagainya.

“Mereka ingin tunjukkan jangan hormat dengan SPR sebab SPR menipu. Polispun menipu… ini yang mereka serang semua institusi yang ada dalam Negara ini. Bagi mereka semua institusi mesti dicabar.

“Jadi ketika mereka mengambil tindakan untuk keluar dewan semasa pembentangan bajet baru-baru ini, ia juga adalah sebahagian daripada serangan terhadap institusi.. kali ini parlimen menjadi mangsa,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Shahrir, apa yang pembangkang lakukan ini adalah tidak lain dan tidak bukan dengan niat mahu merobohkan kepercayaan rakyat kepada semua institusi yang ada. Kerana itulah politik kebencian dimainkan.

Mereka berharap ada ada sokongan yang melampau sehingga jatuhnya pemerintahan BN yang didokong oleh UMNO.

“Sebab itu apa yang kerajaan buat semuanya buruk di mata mereka. Mereka akan pusing apa sahaja kebaikan yang kerajaan beri… itu tidak betul.. ini tidak betul.. hanya gula-gula.

“Kerana itu saya tidak pelik bila mereka keluar dewan tapi apa yang pelik pada saya adalah bila mereka tidak melakukan apa yang mereka laungkan di negeri pemerintahan mereka.

“Patutnya mereka sudah diberi mandat untuk mentadbir tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Inilah peluang untuk menunjukkan bahawa kalau di bawah pemerintahan mereka masuk je negeri tersebut akan nampak beza. Ini baru reformasi yang dimaksudkan,” tempelaknya.