Terus Dakwa Akan Ada PRN Johor, Dap Sekadar Mahu Buat Rakyat Bimbang

KULAI, 27 Okt – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai Mohd Fadil Misnan berkata, tindakan Dap Johor meneruskan persiapan untuk menghadapi pilihan raya mengejut di Johor, sekali pun Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan bahawa pilihan raya itu akan diadakan dilihat hanyalah mahu menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan rakyat negeri itu.

unnamed-2Jelasnya, sebagai pembangkang sudah pasti mereka akan sentiasa tidak bersetuju dengan apa juga yang diutarakan oleh kerajaan Johor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Mungkin Dap Johor mempunyai sumber dan maklumat yang mereka percaya bahawa PRN Johor akan diadakan lebih awal, tapi pada saya ia adalah semata-mata satu lagi gerakan dan tindakan parti itu untuk menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan rakyat Negeri ini.

“Bagi saya ini adalah rentetan daripada jelajah Bersih yang dilakukan di negeri ini baru-baru ini. Namun saya pasti kerajaan negeri Johor tahu tindakan Dap ini adalah sekadar mahu menimbulkan gambaran negatif terhadap pelan perancangan kerajaan negeri.

“Saya percaya tindakan ini dibuat untuk terus melahirkan rasa bimbang, tidak selesa dan kemarahan rakyat Johor agar terus bangkit untuk bersama mereka dalam penganjuran Bersih 5,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Fadil, penafian Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor secara jelas telah membuktikan tindakan Dap adalah atas sumber dan maklumat yg tidak tepat dan berniat jahat.

Baru-baru ini Pengerusi Dap Johor Liew Chin Tong berkata, parti itu akan meneruskan persiapan untuk menghadapi pilihan raya mengejut di Johor, sekali pun perkara ini telah dinafikan oleh Menteri Besar.

Menurutnya, mereka yang bercadang untuk mengadakan pemilihan mengejut tidak akan mengakuinya sehingga tiba masanya untuk mengadakan pilihan raya.