Olahragawan & Olahragawati Anugerah Sukan Johor 2015

img_0510-900x600

JOHOR BAHRU, 27 Okt – MB Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bersama Nauraj Singh Randhawa, 24, atlet olahraga dalam sukan lompat tinggi yang dinobatkan sebagai Olahragawan, manakala atlet perahu layar wanita, Nur Aisyah Jamil, 20, pula dinobat sebagai Olahragawati Anugerah Sukan Johor bagi tahun 2015. Kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura dalam kategori masing-masing melayakkan mereka membawa pulang hadiah berupa insentif kemenangan berjumlah RM5,000, piala pusingan dan piala iringan serta sigilo. (Pic JAUHAR)