Puteri UMNO Masih Jadi Pilihan Wanita Muda – Rohaizah

PAGOH, 26 Okt – UMNO Pagoh dan Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan di Pagoh, ini dibuktikan dengan penambahan pengundi baru seramai 542 orang bulan lepas.

unknown-21Ketua Puteri UMNO Pagoh, Hajah Rohaizah Ahmad berkata, gerakkerja pertambahan pengundi muda wanita oleh Puteri UMNO Pagoh juga masih mendapat sambutan masyarakat di sini.

“Kami akan sentiasa memastikan setiap program memenuhi keperluan pengundi khususnya pengundi wanita muda.

Kita tidak akan melayan propaganda pembangkang namun demikian beliau mengakui tidak memandang rendah kewujudan PPBM di Pagoh .

Kami Puteri UMNO sentiasa fokus kepada gerakkerja menghadapi pilihanraya bagi memastikan kami dapat meningkatkan sokongan pengundi muda, ” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO Negeri Johor.

Tambahnya, Puteri UMNO telah mengadakan program yang melibatkan kumpulan-kumpulan kecil kerana cara sebegini lebih berkesan untuk kami menjelaskan dan menerangkan kepada mereka mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan PPBM dan agar tidak terpengaruh.

“Puteri UMNO akan sentiasa bergerak mendekati pengundi wanita muda mahu pun ahli Puteri UMNO sendiri bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya lagi.