Pemuda UMNO Johor Komited Bantu Mangsa Tragedi HSA

JOHOR BAHRU, 26 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini mengadakan lawatan mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang dipindahkan ke Hospital Permai Tampoi.

Dalam lawatan tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Johor yang diwakili Sheikh Nafiq yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Pulai menyampaikan bantuan berupa kelengkapan kipas angin kepada pihak Hospital Permai dan menyampaikan sumbangan tunai kepada 30 pesakit yang terlibat dalam pemindahan dari Hospital Sultanah Aminah JB.

“Sumbangan ini dibuat setelah mengambil kira barangan keperluan yang disumbang oleh NGO dan orang ramai telah mencukupi dan terdapat mesej yang viral di laman sosial bahawa pesakit yang dipindahkan di Hospital Permai Tampoi ini kekurangan kipas.

Pemuda UMNO Johor komited terus memberi bantuan kepada pihak yang terlibat dengan tragedi HSA,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Johor.