Puteri UMNO Johor Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa HSA

JOHOR BAHRU, 26 Okt – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor melahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) , Johor Bahru, pagi tadi.

14724386_10153822097006790_4963031608215231195_nKetuanya, Hajah Rohaizah Binti Ahmad dalam satu kenyataan berkata, semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi dugaan ini.

“Kami juga telah mengambil insiatif dan sepakat untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi peringkat awal seperti membekalkan makanan dan minuman ringan. Seterusnya, bantuan susulan juga akan diusahakan dan disalurkan mengikut keperluan.

Selain itu, kami turut mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor.

Bagi tujuan ini, boleh hubungi Puan Fadzilah Ketua Puteri Gelang Patah di talian 0167038874. Moga setiap doa dimakbulkan oleh-Nya dan moga setiap sumbangan, bantuan, khidmat diterima sebagai ibadah oleh-Nya,” ujarnya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh.