Pemuda & Wanita UMNO Johor Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Mangsa Kebakaran HSA

JOHOR BAHRU, 25 Okt – Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Johor ingin menzahirkan rasa takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat di dalam kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

19e73fbe-4406-4477-b345-3e6cbb43c190Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, Pemuda UMNO bersimpati di atas kejadian yang menimpa mangsa di dalam kejadian kebakaran pagi tadi, dan sehubungan dengan perkara ini, Pemuda UMNO Johor sepakat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa dan kakitangan hospital yang terlibat.

“Kami menyeru semua sukarelawan di bawah Pemuda atau pihak syarikat swasta yang ingin menyalurkan bantuan dari segi tenaga kerja atau kewangan, boleh terus menghubungi saudara Sheikh Nafiq, Ketua Pemuda UMNO Pulai selaku penyelaras program bantuan ini, di talian 0197199949.

Marilah kita bersama – sama mendoakan kesejahteraan roh mangsa yang terlibat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Dato’ Hajah Sharifah Azizah Dato’ Syed Zain  memaklumkan Pergerakan Wanita UMNO Johor melalui  Skuad  Sayang menyalurkan bantuan awal dgn  membekalkan minuman dan makanan ringan seawal jam 1 petang hari ini.

Bantuan akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

“Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali,” katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.