Kebakaran HSA: Kerajaan Negeri Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

img_0395-900x506-1

JOHOR BAHRU, 25 Okt – MB Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bagi pihak Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada waris mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, pagi tadi. Sumbangan khas sebanyak RM100,000 diberikan untuk keperluan keluarga mangsa dan bantuan lain.