Jamuan Makan Malam Majlis Permuafakatan Guru Besar Daerah Johor Bahru

14720432_690303967799584_5932858603514056468_n

JOHOR BAHRU, 26 Okt – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir pada Jamuan Makan Malam Majlis Permuafakatan Guru Besar Daerah Johor Bahru, di SJK(C) Kuo Kuang 2, Taman Sutera Utama, malam tadi. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday dan Pengerusi Majlis Guru Besar Johor, Sariat Mokmin. Pada majlis tersebut, turut berlangsung ikrar taat setia daripada Ahli-ahli Majlis Guru Besar Johor.