Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Rakyat ‘Memalukan Diri Sendiri’ – Hishammuddin

KLUANG, 23 Okt – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas hanya memalukan diri mereka sendiri.

JB02_231016_ULU PENGGELIBeliau berkata keikhlasan dan kejujuran mereka boleh dipertikaikan kerana tindakan itu jelas perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Mereka (anggota Parlimen pembangkang) dengan sengaja berbuat demikian ketika seluruh dunia sedang menyaksikan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tindakan mereka tidak senonoh kerana tidak pernah dalam sejarah negara ahli Parlimen bertindak keluar dewan ketika pembentangan bajet dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Semborng berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan Felda Ulu Penggeli sempena menjadi juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Kebangsaan, di Dewan Semai Bakti, Felda Ulu Penggeli, dekat sini, hari ini.