Johor Sokong Bajet 2017, Dua Perkara Diberi Perhatian

MASAI, 22 Okt – Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan menyokong pengumuman Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam.

img_0196-900x506Antara dua perkara yang diberi perhatian oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin adalah mengenai soal jurang di antara pelaksanaan dan dasar serta soal ketirisan.

Beliau menegaskan jurang di antara pelaksanaan dan dasar perlu ditentukan, dilaksana dan diagihkan secara saksama seperti peruntukan bagi perumahan dan air.

Manakala soal ketirisan pula perlu ditentukan kepada mereka yang benar-benar layak mendapatnya sahaja bagi memastikan matlamat tercapai.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelaksanaan Johor Future 2016, di Kg Kuala Masai, hari ini.

Program yang dilaksanakan oleh Sukarelawan Darul Ta’zim bersama dengan Majlis Belia Negeri Johor serta penglibatan badan-badan sukarelawan itu mendapat peruntukan sebanyak RM488,000 bagi pelaksanaannya tahun ini.

Program itu adalah bagi membantu kerja-kerja pembaikan rumah golongan sasar terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, warga emas serta mereka yang memerlukan dengan kos baik pulih tidak melebihi RM500 bagi setiap rumah. – JAUHAR

 

unknown-17