UMNO Johor Terus Melangkah Dengan Kekuatan Serta Muafakat Sebagai Teras Utama

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Shamsol Bari Jamali mengajak seluruh ahli UMNO khususnya di negeri berkenaan untuk sama-sama bergerak ke depan dalam usaha mendepani cabaran yang ada pada hari ini.

unnamedUjarnya mesyuarat bahagian yang telah selesai secara keseluruhannya, ahli UMNO tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya menyusun langkah demi langkah ke depan dengan menjadikan kekuatan serta muafakat UMNO sebagai teras yang utama.

“Inilah masanya dan inilah waktunya untuk kita sama-sama bermuafakat untuk mendepani cabaran yang dihadapi parti hari ini. Tumpukan kepada matamat utama… apa matlamat utama kita yang sudah tentunya adalah untuk memperkasakan lagi parti.

“Bagaimana caranya sudah pasti tidak dapat tidak adalah soal muafakat dan semangat berpasukan. Saya yakin dan percaya dengan terasnya itu cabaran yang ada di depan kita hari ini, Insya Allah akan sama-sama dapat diharungi”, ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Air Hitam.

Justeru jelas beliau dengan mesyuarat bahagian yang telah berlangsung sebelum ini, selruh ahli telah gunakan peluang dan ruang untuk bersoal jawab dan melontarkan pandangan, idea mahupun kritikan amak  di situlah peranan dalam bersama-sama membantu pucuk pimpinan memperkasakan parti.

“Yang penting kesatuan dan juga muafakat bersama khususnya dalam persiapan kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan, UMNO Johor akan terus bergerak bersama dalam satu pasukan dan akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan apa yang telah dirintis serta dicapai parti pada hari ini terus cemerlang.

“Badai dan cabaran yang mendatang perlu dihadapi bersama. Jadi sama-samalah kita bertekad untuk terus bergerak ke depan dan pada masa yang sama kita lupakan apa yang berlaku sebelum ini. Kita tidak seharusnya menoleh ke belakang lagi.

“Kita perlu bergerak ke depan .. Insya Allah UMNO Johor akan terus mendepani cabaran bagi memastikan agenda pembelaan terhadap masyarakat dan rakyat di negeri ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini adalah amanah untuk dilaksanakan,” ujarnya. – UMNOOnline