Dari Sibuk Lakukan Provokasi, Lebih Baik Cari Di Mana Hilangnya MP Gelang Patah – Sahrihan

LEDANG, 19 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Sahrihan Jani, pembangkang tidak perlu terlalu berpolitik sehingga menimbulkan persepsi kononnya akan ada pilihan raya awal di Johor.

unknown-5Jelasnya, tumpuan kerajaan negeri yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) kini adalah untuk melaksanakan segala manifesto ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu selain daripada mengutamakan aspek kebajikan rakyat dan pembangunan negeri selaras dengan gagasan Johor Berkemajuan yang diilhamkan oleh Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin.

“Ketika ini mandat kerajaan sediada hanya akan berakhir pada pertengahan 2018 dan pada ketika Kerajaan Negeri masih kekal kukuh pada serta didokong oleh semangat muafakat Johor, maka tidak timbul keperluan untuk Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri (PRN).

“Daripada sibuk melakukan provokasi adalah lebih baik Dap membantu pengundi di Gelang Patah yang masih lagi ternanti-nanti dan tercari-cari di mana Ahli Parlimen mereka ketika ini yang hilang tidak turun kawasan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Justeru itu beliau meminta agar rakyat jangan panik dan terpengaruh dengan propaganda politik pembangkang ini.

Bercakap berkaitan gerak kerja Pemuda UMNO Johor pula kepas Sahrihan, Pemuda sentiasa bersiap siaga dan bersedia dari sudut pemantapan jentera bagi menghadapi pilihan raya.

“Saya percaya melalui gerak kerja politik khidmat bakti yang berterusan menyantuni orang muda melalui program-program yang dijalankan di setiap bahagian, BN akan terus menjadi pilihan generasi muda khususnya di negeri Johor,” katanya lagi.