Perasmikan Pembangunan Hab Kemahiran Johor

14681987_799184493553463_1504211606558462640_o

KOTA TINGGI, 18 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir merasmikan pembangunan Hab Kemahiran Johor di Kota Tinggi. Hadir sama Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Pada majlis itu Ahmad Zahid turut merasmikan kampus induk Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M).