Majlis Pelancaran Taman Mutiara Gading & Pembinaan KPJ Batu Pahat Specialist Hospital

14642433_684829345013713_136762224829767191_n

BATU PAHAT, 17 Okt – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir pada Majlis Pelancaran Taman Mutiara Gading dan Pembinaan KPJ Batu Pahat Specialist Hospital, di Taman Mutiara Gading, Batu Pahat petang ini. Johor Corporation (JCorp) menerusi Johor Land Berhad (JLand) bakal melaksanakan sebuah pembangunan bercampur baharu seluas 236 ekar. Ia merangkumi perumahan teres dua tingkat berjumlah 1,599 unit, 113 unit kedai pejabat, 6 unit kedai sederhana rendah dan 2 lot komersil serta 211 unit Perumahan Komuniti Johor (PKJ) jenis teres. (Pic: JAUHAR)