Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor 2016

14681667_684748328355148_3414768986577702531_n

JOHOR BAHRU, 17 Okt – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Mock Cheque Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor 2016 kali ke-6. Tunku Idris mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Hadir sama Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Ismail Karim dan Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Md Jais Sarday.