Rekod BN Berjaya Terjemah Manifesto – MB Johor

JOHOR BAHRU, 8 Okt  — Rekod bersih Barisan Nasional dalam menterjemahkan agenda, manifesto dan pemerintahan jadi ukuran buat rakyat menilai kemampuan kerajaan Johor memimpin negeri ini.

unknown-7Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata 99.2 peratus manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya lalu telah dilaksanakan.

“Semua parti pembangkang pasti akan mengeluarkan kenyataan yang sama untuk meraih sokongan rakyat.

“Kita akan terus berlawan dengan menunjukkan matlamat dan agenda kita jelas dan akan membawa Johor jauh ke hadapan bukan hanya dengan cara retorik,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang yakin menawan 10 kerusi lagi Dewan Undangan Negeri di Johor, malam tadi.