BN Johor masih miliki majoriti selesa – Khaled

JOHOR BAHRU 7 Okt. – Barisan Nasional (BN) negeri masih mempunyai majoriti selesa untuk terus memerintah Johor walaupun selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

imagePengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, BN negeri melihat ini sebagai satu realiti politik yang harus diterima, namun tidak bermakna BN sebuah kerajaan yang lemah.

“Dalam memerintah sesebuah negeri, perkara yang penting bukanlah nombor semata-mata. “Kita akan terus fokus dalam melaksanakan kerja dengan baik kerana perkara itu tidak menjejaskan kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali 2016 Yayasan Pasir Gudang, di sini sebentar tadi.

Dr. Shahruddin dilaporkan dilantik menjadi Setiausaha Agung PPBM yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Utusan