UMNO Johor Ikrar Pertahankan Parti- Khaled

SIMPANG RENGGAM, 5 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bertekad bersama ahli UMNO negeri itu untuk terus taat setia mempertahankan parti demi perjuangan UMNO.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, UMNO Johor yang berprinsip dan berpendirian akan terus setia kepada UMNO kerana ianya adalah perkara sangat mulia.

732a0729-1Malah, beliau juga turut menyatakan beberapa asas dan sebab mengapa UMNO Johor perlu berpegang pada prinsip dan pendirian sedemikian.

“Pertama, kerana UMNO itu adalah wadah yang kita bina sendiri dan meletakkannya pada kedudukan terbaik dalam sejarah pembangunan bangsa Melayu.

“Wadah itu jugalah yang membolehkan pelbagai dasar, program dan insentif diperkenalkan untuk memajukan orang Melayu serta membangunkan bangsa dan agama walaupun berdepan cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, baru-baru ini.

Mesyuarat berkenaan dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid. Turut serta Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Abd Hamid AbdRahman.

Mohamed Khaled juga menegaskan bahawa terdapatnya pemimpin yang datang dan pergi, tetapi UMNO Johor tetap akan dipertahankan.

“Dalam politik, perkara tersebut adalah lumrah, namun yang pasti, semua pemimpin dan ahli perlu sedar bahawa UMNO itu adalah sebuah institusi yang lebih besar dari mana-mana kehebatan seorang pemimpin.

“Justeru, dalam keadaan itu, UMNO tetap kekal sehingga kini dari generasi ke generasi dan zaman ke zaman,” tegasnya.

Malah, Mohamed Khaled turut menyatakan bahawa parti UMNO pada har iini merupakan parti yang ada hubungan dengan pejuang-pejuang lama yang menggerakkan institusi itu.

“Pejuang-pejuang seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak malah di Johor sendiri seperti Tan Sri Hassan Yunos, Othman Saad mahu punTun Musa mempunyai hubungan dengan kita melalui UMNO.

“Maka, hanya parti UMNO sahaja yang menghubungkan kita dengan pejuang dan pemimpin lama, yang menjadi warisan dari peninggalan mereka, bukan seperti parti-parti lain yang sama sekali tidak mempunya ihubungan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa UMNO Johor akan terus bekerja keras dan tidak akan sesekali mudah berputus asa.

“Semua ahli UMNO Johor di 26 bahagian serta 2,340 cawangan telah menegaskan akan terus bekerjakeras dan tidak akan sesekali mudah berputus asa untuk mempertahankan parti.

“Berputus asa itu bukan milik pejuang, UMNO Johor tidak akan berdiam diri dan banyak ikhtiar yang telah diterjemahkan demi memajukan UMNO dan mentadbir negeri dengan sebaiknya.

”Sebagai Gergasi Ekonomi Selatan dan negeri paling maju di Malaysia, pelbagai langkah diatur agar dengan sikap, pemikiran, akhlak serta budaya kerja yang betul ini, UMNO akan sekali lagi menjadi daya yang member kesejahteraan kepada nusa dan bangsa,” katanya.