Sumbangan Kepada Wakil Ketua Masyarakat Penduduk Pasir Gudang

14522748_674165199413461_6903444679679627753_n

PASIR GUDANG, 28 Sep – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa bersama-sama ketua organisasi dan wakil ketua masyarakat serta penduduk di sekitar Pasir Gudang. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 27 penerima dari Parlimen Pasir Gudang bagi menjayakan pelbagai projek termasuklah sekolah, sekolah agama, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia dan tokong serta kuil. Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.45 juta. – JAUHAR