Golongan Muda Muak Dengan Politik Murahan Pembangkang- Nizam Misnan

PARIT SULONG, 28 Sept – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong Mohd Nizam Misnan berkata, golongan muda sudah semakin muak dengan politik murahan yang cuba dimainkan oleh pembangkang khususnya parti baru Pribumi yang kini cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan sediada.

unnamed-4Jelasnya, golongan muda bukanlah golongan yang boleh digula-gula atau dipergunakan demi kepentingan politik peribadi mereka.

“Saya sedar parti baru sedang berusaha keras mencari tapak terutama di di bumi Johor ini dan tidak terkecuali di Parit Sulong. Sebagai ketua pemuda bahagian saya sentiasa memantau strategi mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, setakat ini di Parit Sulong kehadiran Pribumi tidak member kesan kerana penduduk di sini kenal siapa yang mengepalai parti itu di bahagian ini. Penduduk di sini juga masih yakin dengan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, jadi agar sukar Pribumi mahu mencari tempat di Parit Sulong,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Walau bagaimanapun jelas Nizam, perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan pemantauan berterusan harus dilakukan terutama terhadap pengundi muda atas pagar.

Golongan atas pagar ini sentiasa memerhati dan membuat perbandingan namun ujarnya, beliau yakin dengan kebijaksanaan pentadbiran Menteri Besar masa kini, golongan atas pagar juga akan berpihak kepada pemimpin sediada.

“Rakyat dapat menilai bagaimana Datuk Seri Khaled sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat malah golongan muda juga tidak diabaikan. Pelbagai bantuan disalurkan.

“Saya juga yakin dan percaya, apabila Bajet 2017 untuk negeri Johor dbentangkan kelak, akan semakin ramai pengundi atas pagar member sokongan kepada kita,” tambah Nizam.