Cabaran Dan Dugaan Akan Jadikan UMNO Lebih Kuat – Norshida

SEGAMAT, 26 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Buloh Kasap, Hajjah Norshida Ibrahim yakin dan percaya apa yang dilalui oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini akan menjadikan parti itu terus kuat dalam menempuh badai serta dugaan yang melanda khususnya untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

9f0e3b9c-f98b-4cbd-8e14-f452998a2cfaMenurut beliau, pelbagai cabaran serta pelbagai dugaan sebelum ini yang berlaku di dalam UMNO termasuk penubuhan parti baharu oleh bekas pimpinannya dapat dilalui dengan sebaik mungkin hasil daripada kerjasama serta muafakat serta kesepaduan dikalangan ahli dan pimpinan parti.

“UMNO juga telah melalui pelbagai cabaran. Cabaran yang dilalui hari ini sebenarnya lumrah dalam perjuangan .Sebagai pejuang parti kita tidak perlu pedulikan pada mereka yang berjuang kerana kepentingan tetapi fokus kita adalah menguatkan pada mereka yang masih setia,yang tetap bersama dalam saf perjuangan walau apa pun hadir.

“Saya yakin apa yang kita telah dan sedang lalui ketika ini akan menjadikan kita lebih kuat dan apa yang penting adalah kita sama-sama bersolidariti dalam satu saf parti dan satu saf kepimpinan demi kekuatan parti,” katanya kepada UMNO-Johor baru-baru ini.

Beliau seterusnya apa yang berlaku hari ini perlu dihadapi dengan semangat yang kental apatah lagi dengan tindak-tanduk serta langkah pihak tertentu yang ingin cuba menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Mereka diluar sana ingin melihat keupayaan kita dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab terhadap rakyat tidak berjaya sekaligus akan menjayakan cita-cita mereka melihat keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN terhakis. Itu sahaja.

“Justeru marilah kita sama-sama mengeratkan perpaduan dan mengeratkan lagi muafakat termasuklah di Johor ini dalam usaha membantu keupayaan parti dalam melaksanakan misinya kepada rakyat. Inilah janji kita bersama,” katanya.