Ramah Mesra Pemuda Johor Bersama Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara London

unknown-1

LONDON: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara London, United Kingdom di sebuah restoran di London bagi membincangkan mengenai perkembangan terkini pembangunan dan pencapaian Negeri Johor.
.
Pertemuan itu juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar Malaysia di luar negara mengenai pencapaian serta perkembangan Malaysia dan Negeri Johor khususnya, dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, pelaburan dan sosial, selain hala tuju serta strategi kerajaan menangani cabaran semasa.
.
Turut hadir Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi, Pengarah Education Malaysia United Kingdom & Eire.