Rasuah: Guan Eng Bukan Individu Yang Layak Seru Rakyat Tentang BN

SEGAMAT, 22 Sept – Ketua Pemuda UMNO Segamat Bastien Onn berkata, Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan Lim Guan Eng bukanlah individu yang layak untuk menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu padu menentang amalan rasuah kerajaan Barisan Nasional (BN) serta dasarnya yang telah memusnahkan ekonomi negara dan meragut kebebasan bersuara kerana dirinya juga sedang menghadapi pertuduhan rasuah.

image3Jelasnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seharusnya menumpukan perhatian kepada kes rasuah dan salah laku yang bukan sahaja membelengu dirinya tetapi parti Dap sendiri.

“Sebagai pemimpin muda, saya memang bersetuju kita melawan rasuah tetapi ia bukan hanya kepada BN.. ia harus terhadap semua parti, semua peringkat mahupun pegawai kerajaan dan sektor swasta kerana rasuah menghimpit rakyat menyebabkan inflasi dan ketidakadilan.

“Tetapi untuk Guan Eng menyeru supaya lawan rasuah, dia bukan susuk yang sesuai untuk bercakap mengenai soal itu memandangkan dia juga sedang menghadapi pertuduhan rasuah,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Bastien, UMNO dan BN telahpun membuktikan bahawa tiada pendakwaan terpilih di dalam parti.

Ini terbukti dengan apa yang terjadi kepada pemimpin parti seperti Datuk Seri Khir Toyo, Tan Seri Kasitah Gaddam dan beberapa lagi pemimpin yang telah dikenakan tindakan.

Dap juga harus bersedia dan menunjukkan bahawa mereka juga menolak rasuah. “Apa yang dialami oleh Khir Toyo jauh lebih kecil berbanding apa yang di hadapi oleh Guan Eng. Jadi dia perlu buktikan bahawa dirinya bebas rasuah sebelum menyeru rakyat melawan BN dan UMNO.

“Percayalah bahawa tiada siapa yg akan terlepas daripada rasuah dan saya selaku generasi muda UMNO akan terus mendokong pentadbiran yg bersih dan amanah,” ujarnya lagi.